Kerajaan negeri Melaka mengarahkan sebahagian kawasan Bazar Kraftangan Dataran Pahlawan Megamall di Banda Hilir Melaka ditutup sementara.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur, dan Pengurusan Banjir Negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, ia berikutan insiden runtuhan siling yang berlaku pada Ahad malam, kemungkinan besar boleh berulang.